Bermulanya Perjalanan Hidup Ku

Aku memang minat menulis sejak dari kecil lagi. Cita-cita pun dulu memang nak jadi wartawan atau penulis. Bakatku berkembang sejak tingkatan satu apabila sering memonopoli hadiah-hadiah sayembara puisi dan satera apabila sajak-sajak puisiku sering mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga sekaligus! Itu tak masuk lagi cerpen-cerpen yang juga sering hadiah!

Itulah kenanganku. Masa berubah dan bila meningkat usia memasuki remaja, jiwaku sudah berubah untuk mencari sesuatu yang lebih bernilai untuk mengubah wajah keluarga, mengeluarkan kami sekeluarga dari lembah kemiskinan dan sekurang-kurangnya akulah yang jadi pertaruhan untuk melaksanakannya! Beratnya beban harapan yang terpaksa ku galas apabila sering ibuku berulang-kali membuat pesanan dan leteran.

Typewritter terpaksa ku pisahkan dari sisi katil bila saja aku mendapat tawaran dari Intitut Teknologi Mara (sekarang UiTM). Memang sebelum ini ada tawaran-tawaran dari universiti lain tetapi aku senyapkan kerana memang cita-citaku ingin meneruskan pembelajaran tingkatan 6 untuk melayakkan aku memasuki ITM dalam bidang kewartawan. Namun rahsiaku pecah apabila adikku dapat menceroboh ruang bilikku (bukan bilik sebenarnya kerana aku tidur di bahagian belakang rumah belakang dapur) dan menjumpai surat tawaran tersebut dan surat tersebut dengan cepatnya sampai ke tangan ibuku.

Demi melihat airmata ibuku yang tumpah kerana melihat keenggananku menyambung pelajaran ke ITM itu, luruhlah segala cita-cita itu di jiwaku. Luputlah segala impian untuk menjadi penulis dan dengan segera cita-cita baru ku semat dalam hatiku...iaitu demi mengubah nasib kami dari keluarga miskin, aku harus melangkah segera ke ITM.

Sekarang sudah terbukti hikmahMu Ya Allah!

Comments

Wan said…
Hebat kisah hidup abg Rozman.. sungguh penuh dengan warna warni.. Syabas kerana abg memilih jalan cahaya.. jalan yang lurus..jalan yang terang..bukan jalan yg sempit, bengkang bengkok dan yang gelap!..